:: celebrity Place ::

Monday, August 11, 2008

"Saya tidak kisah" - Rita Rudaini...

Bakat Rita Rudaini tidak perlu lagi dipertikaikan kerana dia sering sahaja menghiasi slot-slot drama di stesen TV tempatan. Keayuan dan ekspresi wajahnya yang berjaya menjiwai sesebuah watak dilihat mampu menghidupkan jalan cerita dan karektornya. Rasanya sudah lama Rita terlibat di dalam bidang seni ini tetapi kami tidak pernah melihat dirinya dinobatkan sebarang anugerah.

Mungkinkah pihak juri terlepas pandang akan bakatnya itu? Atau mungkinkah belum sampai masanya lagi rezeki Rita? Tiada siapa yang tahu. Apabila bertanya isu ini kepada pelakon yang sering membahasakan dirinya ‘kami’, Rita menjawab bahawa dia tidak kisah tentang sebarang anugerah yang ada.

“Berlakon merupakan cita-cita kami semasa kecil. Apabila sudah bertapak dalam bidang ini, kami rasa sudah cukup bersyukur. Bagi kami, kami lebih pentingkan kualiti lakonan berbanding anugerah. Alhamdulillah, sehingga kini rezeki kami melimpah ruah. Tawaran berlakon makin kencang.

Lagi pun kami tidak berasa hati jika tidak dapat sebarang anugerah. Macam yang kami kata tadi, asalkan kami berpuas hati dengan kualiti lakonan kami sudah memadai,” jelas Rita tentang kegagalan dirinya untuk merebut sebarang anugerah yang ada dalam industri seni ini.

:: New ::